Thursday 1 December 2011

PELIK,HAIRAN ??????????

Assalamualaikom...Hallu sume......

malam2 cam nie kan adew terase papew x??
ha, nak tau x kenapew entry nie tajuk die pelik??
bermula lah alkisahanye...hehehe

cam nie..,dalm kol bapew tah x ingat,tapi mlm la...
lepas balik dari KL carik barang cket, along aku amik kat KTM..
then mase sampai umah 2..aku teros masok bawak barang2..
n kuar balik nak kunci pintu pagar...
lps kunci pintu pagar nak ttp grill umah,
tibe2 along aku cakap jgn kunci pintu lg..

aku pon pelik la,kenapew???

then die cakap,sbb nak sembur semut hurung kuih yang adew kat depan umah 2...
aku tanye la, kuih apew??
mane dapat??
sapew bagi???


tbe2 perkataan yang kuar dari mulut die x tau..
X TAU????
korang x rase pelik kew???


aku tanye die,"ko beli kew???"
die cakap "mane adew"....
die soh aku buang kuih 2...
aku pon apew lg g la buang..
lepas dah bersih2 kan badan 2...
tbe2.....jeng jeng jeng...
die sebut balik pasal kuih 2..
die cakap die pelik, dari tadi die asyik pk bendew 2...
sapew yang bg..???
sapew yang letak???
kew adew org nak pedajal..???
die dok tanye aku bendew 2 jew..
aku pon naek takot...
aku just nak sedap kan atie die n atie aku sekali,aku cakap la kucing kot yang bawak..
tapi kalo pk logik,kucing yang menetap kat umah aku nie boleh dkategori kan sebagai kucing yang pembersih la jugak...sbb die mkn mmg makann die...(mknn kucing)


die x mkn bndew laen sbb die memilih..(gedixxx kan)
2 yang aku pelik n along aku lg pelik..
mane datang bendew 2??
aku x puas atie,lepas jew aku habis mkn,aku g tgok balik apew yang adew dalam plastik 2...
nak tau x apew yang adew???
...........................................tada......................................

1. cekodok [ 3 ketul ]
2. kuih ketayap [seketul 2 pon dah basi ]
3. coklat apew tah [ dah bukak n dah dmakan siket ]
4. sumi yang dah habis tggl bekas jew..

........................................................................................

ktorg dlm umah,
asyik dok ctew bendew 2 jew..
dok pk bendew 2..
mcm2 andaian yang kuar....
ketakutan jgk la mlm 2...
sampai kol 3 x tdo...
emmmmm...dah la aku kepenatan...
sakit2 badan...
tapi still x boleh tdo....x tau la kenapew...
mybe sbb terlalu memikirkan sgt kot..
emmmmmmm, x tau la....
sampai skang still lg pk..x blh lupe....
aDoiiiiiii......................ai................




Wednesday 30 November 2011

Assalamualaikum....hallu
dah lame x update blog nie kan..
kembali menulis...
sbb bosan x tau nk buat apew mlm2 cam nie..
dok umah sorg2..
x dew sesapew..
mak ayah n adik beradik sume g SABAH..
sbb konvo akak..
aku jew kene TINGGAL..
sbb tiket mahal n salah bg tarikh cuti...
hahaha..
mmg salah aku la, x boleh buat apew..
scare kot dok kat umah sorang2..
malam2 lg la..
ahhhhh..
tapi kalo dah tdo x sedar apew..
hahaha..
tdo mati la kate kan..
tapi kalo dah terjage jgn cakap la..
perasaan takot 2 datang balik...
kadang2 langsir bergerak pon terkejut..
kelaka kan...
heheheh...
:):)


p/s : gambar yang x dew kene mengene..tapi comel kucing nie..

Tuesday 11 October 2011

tanda-tanda laki jatoh cinta!!

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia
 akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.
 Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa 
sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan 
mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. 
Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas
 pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda..

 Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:


  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki..

Thursday 6 October 2011

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN 


Siapa kata jadi perempuan tu SENANG


Nak kena tutup sana, tutup sini


Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising


Perempuan, stoking pon kena pakai


Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi